Thursday 29 November 2012

PERKASA DESAK SEGERAKAN KEMUDAHAN BOMBA DAN PENYELAMAT DI BELURAN.



Inilah bangunan kedai yang musnah dijilat
api berhampiran Pejabat Parlimen Beluran.

 BELURAN :  Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan Bariusan Nasional (BN) menyegerakan pusat operasi perkhidmatan Pasukan Bomba dan Penyelamat di  sini agar mengelakkan lebih ramai jumlah  mangsa yang terkorban dalam insiden kebakaran serta kemalangan di sini.



Naib Dipertua Perkasa Sabah, Jaini Ating menegaskan, kementerian itu di bawah kerajaan pusat tidak harus melengah-lengahkan pembinaan kemudahan itu kerana  semenjak tahun 2010, kira-kira 13 kes kebakaran yang berlaku di sekitar daerah ini yang mengorbankan lapan jiwa penduduk Beluran.

Jaini dan Boni Yusup bergambar di pili bomba
 berhampiran tempat kejadian kebakaran yang
meragut tiga nyawa di pekan Beluran.
“ Perkasa difahamkan,  cadangan membina pusat operasi itu sudahpun diluluskan kerajaan,  termasuk melibatkan sebuah kawasan tapak yang dipersetujui Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri.

“ Namun kelewatan membina kemudahan ini  menyukarkan rakyat mendapat bantuan memdamkan kebakaran sebagaimana berlaku malam Khamis yang mengorbankan seorang ibu yang berbadan dua berserta dua lagi anak perempuannya,” Katanya.
Bercakap kepada media selepas meninjau kejadian itu dan menghadiri pengkebumian kesemua mangsa kebakaran dii sini kelmarin, Jaini berkata, kelewatan menyediakan kemudahan yang sekian lama dinantikan rakyat itu boleh menambah kekecewaan mereka menjelang PRU ke 13.

Katanya, kerajaan tidak harus berkomromi terhadap keperluan kebajikan dan keselamatan rakyat di sebalik  isu tersebut kerana semakin lewat pusat operasi itu diwujudkan, semakin  ramai nyawa melayang akibat kebakaran, dan pelbagai jenis kemalangan di daerah ini.
Jaini membualkan sesuatu kepada salah
seorang anggota bomba dan
penyelamat Daerah Kinabatangan.
Pada kebakaran berlaku  kira-kira pukul 8.45 malam Khamis, pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Kinabatangan dikejarkan ke pekan itu,  hanya tiba kira-kira sejam selepas kejadian yang mengorbankan Jainah Ajak 39,  Aznizah Husin, 9 dan adiknya Siti Azikah, 3 tahun.
Jaini dan rakan-rakan menyambut jenazah yang
telah diurus di kediaman keluarga mangsa
untuk disemadikan di tanah perkuburan
orang-orang Islam Kolapis Beluran
.
Menurut Saksi, sewaktu kejadian, kesemua mangsa dilaporkan terperangkap di dalam bangunan rumah kedai  menjual barangan  perkakasan  bangunan itu yang dipasang dengan jeriji besi sebelum kesemua mereka disahkan renting dalam keadaan berpelukan, dengan semua mayat hanya dapat dikeluarkan pada kira-kira pukul 11.30 malam.
Jaini bersama Mohamad Asnizam, anak sulung mangsa
yang satu-satunya masih hidup dan berada di luar
 bangunan semasa kejadian kebakaran.
Kejadian kebakaran itu hampir turut merebak ke  sebuah restoran serta Pejabat Perhubungan Parlimen Beluran yang bersebelahan sebelum api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada kira-kira pukul 12.00 malam.
Jaini berkata, penyediaan sebuah pusat operasi bomba dan penyelamat di pekan ini yang akan dilengkapi kemudahan akan  membantu mengelakkan kemalangan jiwa sebagaimana beberapa kes  kebakaran di daerah ini.

 “ Perkasa amat berharap pihak kerajaan serta para pemimpin BN di kawasan ini dapat mengambiul iktibar terhadap kejadian ini, seterusnya menyegarakan urusan mengujudkan sebuah pusat operasi bomba dan penyelamat yang moden di daerah itu,” katanya.
Turut sama meninjau insiden kebakaran itu ialah Timbalan Yang Dipertua Perkasa Sabah, Boni Yusup Abdullah dan pengerusi-pengerusi daerah badan ngo yang berpusat di Sandakan itu.
Jaini dan rakan-rakan di Bilik Mayat Hospital
Beluran melihat jenazah yang terkorban
Sebelum penyediaan itu, kata Jaini,  Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri boleh menempatkan sementara sekurang-kurangnya dua jentera pemadam kebakaran serta melatih pasukan bomba sukarela di daerah itu bagi membolehkan mereka menghadapi sebarang insiden kebajaran besar.

 “ Namun, kerana beberapa insiden kebakaran maut ini telah menyedih dan meresahkan rakyat kawasan ini, saya  menyarankan jika Perdana Menteri atau timbalannya, dapat turun padang untuk sama-sama berkongsi  kesedihan bersama keluarga-keluarga mangsa. Para pemimpin ini boleh melihat sendiuri pelbagai kekurangan pembangunan yang masih wujud di sini  sejak merdeka,” kata Jaini.
Abdullah Ghani memgutip derma daripada
rakan-rakan Perkasa bagi membantu keluarga mangsa.
Menurut pemimpin Perkasa itu, peranan BN dan slogannya, janji ditepati boleh mengurangkan kekecewaan rakyat di atas pelbagai kelemahan serta kekurangan yang masih belum dapat ditangani semua wakil rakyat dalam  DUN Sugut dan Labuk itu.
Perkasa di lokasi kejadian.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.