Sunday 4 November 2012

PERSIDANGAN PERKASA NEGERI SABAH DI SANDAKAN, SABAH


Jaini sampaikan Cenderahati kepada Dato Ibrahim Ali sambil
diperhatikan Boni Yusup dan Datuk Seri Utama Jeffery
Jaini beri ucapan sempena Majlis Makan Malam Pemimpin perkasa
Malaysia dan negeri Sabah di Medan Selera Taman Tun Razak



SANDAKAN : “ Meskipun  kali pertama, tetapi Persidangan Perkasa Sabah  di Sandakan adalah yang terbaik, ” kata Presiden Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Paduka Ibrahim Ali.
    
Persidangan sehari bermula pukul 9.00 pagi Ahad di Dewan masyarakat Sandakan, kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu bukan saja dihadiri oleh  perwakilan dan pemerhati yang ramai mewakili rakyat berbilang kaum bumiputera negeri ini.

Tetapi kehadiran hampir 7,000 orang di dewan tersebut membuktikan keyakinan rakyat terhadap Perkasa sebagai flatform baru yang segar dan bebas untuk mereka menyuarakan tuntutan ke atas hak dan pembelaan dari kerajaan.

Presiden Perkasa itu menegaskan, badan bukan kerajaan yang paling berpengaruh di Semenanjung Malaysia itu telah menyediakan ruang luas untuk rakyat menyuarakan kebenaran mereka, termasuk menegur kesilapan mana-mana pihak, apalagi pemimpin dan anggota kerajaan untuk diperbetulkan.

Perkasa mahu ahli-ahlinya dan rakyat terus dilindungi perlembagaan dan undang-undang, sekaligus memainkan peranan berkesan bagi mengekalkan dominasi politik (hak) orang Melayu dan bumiputera di negara ini.  

Ketika baru memulakan ucapan perasmiannya,  Dato Paduka Ibrahim Ali berkata;
“ Saya amat terharu dan bangga kepada rakyat Sabah terhadap sokongan yang begitu hebat terhadap Perkasa…. Maka saya ingin ‘tunduk’ sebagai memberikan tanda hormat mewakili diri saya,” katanya yang lantas meninggalkan sejenak ‘meja ucapan’ untuk tunduk di atas pentas menghala ribuan tetamu.

Tindakan Presiden Perkasa beberapa saat itu turut diikuti oleh Timbalannya, Datuk Abdul Rahman Bakar dan Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali di hadapan ribuan hadirin yang berpusu-pusu memasuki dewan, walaupun suasan hujan lebat.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Isteri Datin Paduka  Rohaya,  Ketua Wiranita Perkasa Malaysia, Datin Paduka Hajah Norkhailah Jamaludin, Penolong Setiausaha, Norlizaizul Bin Ismail

Barisan Kepimpinan Perkasa Sabah yang hadir didahului Yang Dipertuanya, Datuk Seri Utama Mohd Jeffery Rosman, Timbalannya,  Boni Yusup Abdullah yang merupakan Pengerusi Penganjur Persidangan ini, Naib 1 Yang Dipertua, Jaini Ating yang merupakan penyumbang dana  persidangan itu, Abdul Hamid Harun (Ketua Wira), Hasrani Mohd Budin (Wirawati),

12 daerah Cawangan Perkasa masing-masing berjaya menghantar 50 orang perwakilan didahului pengerusi masing-masing termasuk Abdul Ghani Anoh (Beluran), Awang Ahmad Ongkang (Kinabatangan), Jeffrus Maimin Rijan (Keningau), Muhammad Abdul Lasim Garawan (Semporna), Abdul Rahim Wahab (Kunak), Mohamad KK Katam (Tongod), Muhammad Sarangit (Lahad Datu), Amir Rasake (Tawau), Isnin Hijus (Kota Kinabalu dan Papar diketuai Pengerusinya, Mohd Irawan.

Sambil memberikan pujian kepada daya usaha pemimpin perkasa di Sabah menjayakan persidangan memuatkan beberapa usul penting, Dato Ibrahim Ali mahu mempastikan setiap ahli perkasa di negeri ini berusaha mendalami dan menghayati perjuangan badan itu.

Walaupun Perkasa bukan badan politik, kata Ibrahim, Namun  sokongan semua ahlinya harus diberikan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pru ke 13 bagi mempastikan parti pemerintah milik orang melayu dan bumiputera  kekal berkuasa di negara ini.

Orang melayu dan bumiputera,  tegas Ibrahim, harus mempertahankan kuasa politik yang ada pada mereka, ketika para pemimpin parti-parti pembangkang cuba mahu mengalihkan tuntutan politik negara hari ini menerusi tindakan-tindakan yang ‘terdesak’.

Kata Ibrahim, peranan yang cuba dimainkan pembangkang itu termasuk berdemonstrasi di jalanan, membuat fitnah untuk memecahbelah perpaduan, menunut kesamarataan, menarik campurtangan luar, seterusnya membawa rakyat untuk  tidak lagi berpihak kepada dominasi politik kaum, tetapi dasar-dasar penyatuan parti yang sonsang.

Sambil meminta Ahli perkasa Sabah menyampaikan salam kepada Para pemimpin BN di negeri ini, Ibrahim mengulangi bahawa Perkasa akan bersatu untuk terus berada di belakang pimpinan BN pusat dalam pilihanraya ke 13.

Mengenai tuntutan Perkasa di Sabah termasuk mendapatkan bayaran balik dividen Amanah Rakyat Negeri Sabah (ARNS) daripada kerajaan negeri yang pernah membekukan program bantuan itu 23 tahun lalu, Presiden Perkasa  itu menyerahkan kepada kebijaksanaan ribuan ahlinya di Sabah.

Namun apapun tuntutan yang wajar, katanya, sudah tentu bergantung kepada  jumlah beberapa ramai yang berkehendakkannya sehingga membolehkan sebuah kerajaan yang berkemampuan seperti Sabah  hari ini akur dan mematuhi cadangan itu demi kebaikan rakyat.

Beberapa usul dikemukakan pada persidangan itu yang masing-masing disampaikan Awang Ahmad (politik), Abdul Hamid (Pendidikan), Muhammad Serangit (Ekonomi), Haji Ahmad (Agama). Sebelum itu, Boni menyampaikan usul mengenai ARNS dan Jaini yang menggulung usul berkenaan yang mahu pimpinan perkasa pusat merumuskannya sebelum semua usul  berserta  memorandum khas dikemukakan kepada Dato Paduka Ibrahim, disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah,  Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman,

Sebelum itu, pada malam 3 November, kira-kira 400 perwakilan itu telah diberi jamuan meraihkan kehadiran mereka di Bandar ini di Medan Selera Sandakan.

Dato Ibrahim Ali turut mengingatkan semua ahli perkasa  supaya mereka bukan saja beramanah menjalankan tanggungjawab, tetapi menjaga nama baik Perkasa daripada melakukan perbuatan yang bertentangan dengan misi dan visi pertubuhan yang kini memiliki hampir 400,000 ahli di seluruh negara itu.

Jaini yang merupakan Pengerusi penganjur jamuan itu menggesa supaya kesatuan yang kental  dimantapkan  dalam Perkasa, ke arah meningkatkan lagi jumlah keahlian badan itu. Ia termasuk menyerapkan lebih 18,000 ahli persatuan nelayan di Sabah yang mana Jani adalah Pengerusinya.

Ketika mengulung usul yang disampaikan para perwakilan, Jaini mahu pihak pimpinan politik yang mewakili kerajaan khususnya di Sabah tidak melihat Perkasa sebagai saingan, tetapi untuk mencapai matlamat yang memberikan kebaikan rakyat di negeri ini.

 “ Beberapa hari sebelum persidangan ini, Perkasa Sabah menerima suara-suara sumbang yang kononnya badan ini sebagai menentang kerajaan menerusi beberapa tuntutannya seperti ke atas ARNS.

Perkasa juga dituduh cuba mahu merosakkan kredebiliti para pemimpin mana-mana parti di dalam komponen ini.

“Kami tidak perlu melayani  semua dakwaan seperti ini..Pada kami ia satu cabaran ini amat kecil untuk Perkasa meneruskan tanggungjawab yang ikhlas kepada bangsa, agama dan negara,” kata Jaini yang berikrar bahawa Perkasa Sabah akan menstrukturkan kepimpinannya untuk kebaikan  dalam meningkatkan lebih 200 ribu ahli badan itu yang disasarkan sebelum pertengahan tahun depan .

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.