Thursday 22 November 2012

PERKASA SABAH LANCAR TABUNG BANTUAN GUAMAN BELA UTUSAN MALAYSIA DAN RAKYAT PALESTIN



Boni Yusup, Jaini Ating (Naib YDP Perkasa), Awang Ahmad (Setiausaha Kehormat Perkasa Sabah) dan Abdullah Ghani bergambar bersama Datuk Paduka Ibrahim Ali, Presiden Perkasa di lobi parlimen.



SANDAKAN :  Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Sabah akan melancarkan kutipan Tabung Bantuan Guaman ke atas Akhbar Utusan Malaysia yang kemungkinan menghadapi saman Nurul Izzah Anwar kerana memetik kenyataan Naib Presiden PKR itu dari Portal Malaysiakini terhadap kebebasan beragama di kalangan orang Melayu melalui sebuah forum anjuran parti itu 3 November lepas.

Timbalan Yang Dipertua Perkasa Sabah, Boni Yusuf Abdullah berkata, kutipan tabung tersebut yang akan dilancarkan pada mesyuarat Ahli Majlis tertinggi Perkasa Sabah 1 Disember depan  akan turut dilakukan di semua daerah di Sabah.

Katanya, tabung itu akan diserahkan kepada Presiden Perkasa, Datuk Paduka Ibrahim Ali,  pada Perhimpunan Perkasa Malaysia  di Kuala Lumpur 15 Disember depan.

Mug Boni Yusuf Abdullah.
Boni yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa kempen kutipan tabung berkenaan berkata, seluruh ahli Perkasa termasuk rakyat di negeri ini digalakkan  memberikan sumbangan pada tabung berkenaan.

“ Pelancaran tabung ini adalah atas seranan Datuk Paduka Ibrahim Ali terhadap tindakan  saman terpilih yang cuba dilakukan Nurul dan PKR kepada Utusan Malaysia.

 “Maka kami dalam pertubuhan ini akan senada untuk memberikan sokongan padu kepada Utusan Malaysia yang berkemungkinan menghadapi tindakan ‘hipokrasi’ daripada Naib Presiden PKR itu,” katanya.

Mengulas lanjut berhubung tindak tanduk pemimpin PKR itu, Boni berkata, ahli perkasa di Sabah sependapat bahawa tindakan keterlaluan Nurul Izzah itu tidak akan dibiarkan, walaupun menyedari bahawa kenyataan Naib Presiden PKR itu sudah lebih awal  dikeluarkan oleh Malaysiakini.

Cuma yang menghairankan, katanya, Nurulizah tidak mengenakan saman ke atas Malaysiakini selepas menyiarkan kenyataannya dalam sebuah forum anjuran PKR bertajuk, Negara Islam, Versi Mana Tanggungjawab Siapa?, 3 November lepas.

Tetapi berkemungkinan mengambil tindakan saman terhadap akhbar tersebut atas niat mahu menamatkan isu berkenaan dari terus menjadi perbualan rakyat.
Perkasa yakin dan percaya hasrat akan mengemukakan saman itu juga atas dorongan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ayah kandung Nurulizah, kata Boni Yusup.

Kata Boni, sebagai simpati yang tinggi ke atas insiatif dan kredebiliti Utusan Malaysia, katanya,  Perkasa Sabah akan sedaya upaya mempastikan jumlah kutipan yang besar bagi membantu matlamat tersebut.

 “ Kami juga akan melakukan beberapa gerakan menjelaskan kepada selruruh rakyat terhadap tindak tanduk PKR dan Nurulizah yang jelas mengambil kesempatan di sebalik isu tersebut,” tegasnya yang menyifatkan Pakatan Rakyat semakin terdesak mengeluarkan isu-isu keagamaan, semata-mata mahu meraih undi rakyat dalam PRU 13.

Dalam masa yang sama, kata Boni Yusuf, Perkasa Sabah akan turut melancarkan serentak tabung bantuan Rakyat Pelastine yang menjadi mangsa pencerobohan tentera Zionis di Tebing Barat Gaza minggu lepas.
Katanya, hasil kutipan tabung yang sama akan turut disampaikan kepada Presiden Perkasa pada Majlis Perhimpunan Pertubuhan itu 15 Disember depan.

“ Untuk itu, kami merayu kepada seluruh rakyat Malaysia di negeri ini supaya memberikan sumbangan yang seikhlas-ikhlasnya kepada kutipan dua tabung berkenaan.

“ Kami yakin dan percaya kutipan tesebut akan memberikan dorongan kepada Utusan Malaysia untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai pertubuhan akhbar yang bertanggungjawab.

“ Demikian juga tabung berkenaan akan dapat meringankan penderitaan rakyat pelastine yang terus terancam dibawah cengkaman  regim Zionis,” katanya.

 “ Saya juga mengharapkan agar semua ahli majlis tertinggi Perkasa Sabah dapat hadir dan memberikan cadangan serta  pandangan mereka demi memantapkan peranan badan NGO itu di negeri ini,” katanya.
Gambar berkaitan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.