Thursday 29 November 2012

PERKASA DESAK SEGERAKAN KEMUDAHAN BOMBA DAN PENYELAMAT DI BELURAN.



Inilah bangunan kedai yang musnah dijilat
api berhampiran Pejabat Parlimen Beluran.

 BELURAN :  Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan Bariusan Nasional (BN) menyegerakan pusat operasi perkhidmatan Pasukan Bomba dan Penyelamat di  sini agar mengelakkan lebih ramai jumlah  mangsa yang terkorban dalam insiden kebakaran serta kemalangan di sini.

Thursday 22 November 2012

PERKASA SABAH LANCAR TABUNG BANTUAN GUAMAN BELA UTUSAN MALAYSIA DAN RAKYAT PALESTIN



Boni Yusup, Jaini Ating (Naib YDP Perkasa), Awang Ahmad (Setiausaha Kehormat Perkasa Sabah) dan Abdullah Ghani bergambar bersama Datuk Paduka Ibrahim Ali, Presiden Perkasa di lobi parlimen.



SANDAKAN :  Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Sabah akan melancarkan kutipan Tabung Bantuan Guaman ke atas Akhbar Utusan Malaysia yang kemungkinan menghadapi saman Nurul Izzah Anwar kerana memetik kenyataan Naib Presiden PKR itu dari Portal Malaysiakini terhadap kebebasan beragama di kalangan orang Melayu melalui sebuah forum anjuran parti itu 3 November lepas.

Tuesday 13 November 2012

RAKYAT PINANGKAU, SUGUT RAYU PEMBANGUNAN

Jaini menghadiahkan sepasang baju Perkasa kepada Tambaga
  
dan rakan-rakannya di Pinangkau sebagai 

bukti pertubuhan itu memasuki ke kawasan ini.





Pinangkau, Paitan:  Kami bukan sekadar ketinggalan arus pembangunan negara, tetapi belum menerima hadiah bermakna sejak Barisan Nasional (BN) Sabah kembali berkuasa tahun 1994.“ 
Namun sekiranya kerajaan bersedia menaiktaraf kemudahan jalan kampung ini yang sekian lama menyukarkan kehidupan kami, tidak ada sebab untuk kami berubah haluan dari terus menyokong sebuah kerajaan yang kuat.”

Sunday 4 November 2012

PERSIDANGAN PERKASA NEGERI SABAH DI SANDAKAN, SABAH


Jaini sampaikan Cenderahati kepada Dato Ibrahim Ali sambil
diperhatikan Boni Yusup dan Datuk Seri Utama Jeffery
Jaini beri ucapan sempena Majlis Makan Malam Pemimpin perkasa
Malaysia dan negeri Sabah di Medan Selera Taman Tun Razak



SANDAKAN : “ Meskipun  kali pertama, tetapi Persidangan Perkasa Sabah  di Sandakan adalah yang terbaik, ” kata Presiden Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Paduka Ibrahim Ali.
    
Persidangan sehari bermula pukul 9.00 pagi Ahad di Dewan masyarakat Sandakan, kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu bukan saja dihadiri oleh  perwakilan dan pemerhati yang ramai mewakili rakyat berbilang kaum bumiputera negeri ini.