Friday 7 December 2012

BERJUANG DAN BERAMAL JARIAH BERSAMA PERKASA DI BELURAN- JAINI



Naib YDP Perkasa Sabah, Jaini Ating
Abdul Ghani, Pengerusi Perkasa Beluran
BELURAN :  “ Menempuh Alam Dewasa  Bersama Perkasa,” slogan  yang dianggap sinonim kepada lebih 30 orang kanak-kanak yang bakal menyertai Majlis Berkhatan Beramai-ramai secara percuma anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Dewan Masyarakat Pekan ini 14 Disember ini.



Naib Yang Dipertua Perkasa Sabah, Jaini Ating berkata, program yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal  Agama Islam (Jheains) Beluran bermula pukul 6.30 pagi itu dijangka akan  dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam  Sabah (MUIS), Aspah Abdullah Sani.

“ Pelbagai acara sampingan turut diadakan sempena program ini. Antaranya program derma darah kepada Hospital Beluran, taklimat menghadapi bencana kebakaran bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat,    Pendaftaran pelajar ke pusat-pusat pengajian tinggi awam,  pendaftaran sebagai Ahli Perkasa,  kutipan sumbangan Tabung Bantuan Rakyat Palestin, taklimat kesihatan serta tazkirah Jumaat  kepada masyarakat terlibat.

“ Kita amat mensasarkan penyertaan sejumlah besar penduduk Daerah Beluran untuk hadir. Maka semua pihak pihak khususnya sekitar pekan  ini dialu-alukan,” katanya.

Menyatakan perkara itu di sini, Jaini berkata, antara matlamat program berkenaan ialah mendekatkan pertubuhan Perkasa dengan masyarakat, sekaligus kearah menambah jumlah keahlian badan NGO itu.

“ Kami amat berharap seluruh masyarakat tempatan di daerah ini dan Sabah  boleh mengenali Perkasa, seterusnya bersama-sama dalam badan ini untuk melindungi hak dan kepentingan kaum Pribumi di Sabah dan memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang   memerintah hari ini,” katanya.

Katanya, Encik Aspah yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Beluran diberi tanggungjawab merasmikan program berkenaan kerana beliau telah memaklumi peranan dan tanggungjawab kelahiran Perkasa di negara ini.

Malah berasaskan segala pencapaian peribadi pemimpin Umno Bahagian itu, Perkasa Beluran melihat segala potensi beliau sebagai salah seorang  berpengaruh dan berpotensi untuk menjayakan agenda pembelaan dan perjuangan BN di kawasan ini.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur yang juga merangkap Pengerusi Perkasa Beluran, Abdul Ghani Anoh brkata, pihaknya masih member peluang kepada ibu bapa untuk menyenaraikan anak-anak mereka menyertai majlis berkhatan itu.
Wira Beluran. Abdullah Ghani

“ Kami juga amat mengharapkan jika lebih  ramai SPM dan STPM mendaftar diri untuk  melanjutkan pengajian ke IPTA yang terdapat di negara ini.

“Kami amat mengalu-alukan penyertaan belia dan masyarakat tempatan memasuki Perkasa.  Penyertaan  mereka amat penting dalam mempastikan kedudukan Perkasa sentiasa dihormati di Sabah dan daerah ini,” katanya.

Katanya, sebarang pertanyaan mengenai program boleh disampaikan kepada Ketua Wira Perkasa Beluran, Abdullah Ghani Abdul Wahab di nombor telefon 013-8875073, dan Pengerusi Perkasa Daerah Beluran, En. Abdul Ghani Anoh (014-5578165)

Sementara itu, Ketua Wira Beluran itu menjelaskan, persiapan sedang dibuat bagi mempastikan semua acara dalam program berkenaan mendapat sambutan orang ramai.

“ Saya mengalu-alukan kehadiran golongan muda belia dan beliawanis di kawasan ini demi menjayakan semua acara dalam program ini….. dan yang penting mereka berminat mengganggotai Perkasa, untuk menjadikan badan ini sebagai wadah perjuangan  menjayakan agenda pembelaan rakyat di kawasan ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.