Thursday 20 December 2012

PERKASAKAN KEBENARAN HAK RAKYAT, ASPAH


(Disebalik program Tranformasi melalui Penampilan Diri anjuran Perkasa di Beluran)
Aspah bersama-sama  Jaini dan para pemimpin perkasa Beluran memasukkan sumbangan masing-masing ke dalam Tabung Pelastine Gaza dan Kebakaran Beluran, sebagai melancarkan kedua-dua tabung berkenaan di Beluran
BELURAN:  Timbalan Ketua Umno Bahagian Beluran, Aspah Haji Abdullah Sani berkata, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) harus terus jujur memainkan peranannya menyuarakan kepentingan rakyat melayu dan bumiputera di negara ini untuk diperbaiki dan diselesaikan pihak kerajaan dan Barisan Nasional (BN).


Timbalan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah itu berkata, PERKASA  bukan saja bersikap adil dan memiliki fakta dalam menyuarakan setiap pendapat dan seranannya, tetapi menyedari bahawa apa yang terus disuarakan adalah untuk kebaikan rakyat dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“ Itu pendapat saya dan saya percaya itu yang dilakukan Perkasa. Negara ini tidak akan mencapai kemajuan dan kebaikan secara menyeluruh jika tidak ada pihak yang bertanggungjawab membantu memperbaiki peranan teermasuk kerajaan. 
Aspah menyampaikan ucapan perasmian program
Tranformasi dan Penampilan Diri anjuran Perkasa Beluran.
“ Pada saya juga kerajaan apalagi Kerajaan Barisan Nasional (BN) membuka ruang kepada semua Badan Bukan Kerajaan (Ngo) untuk berpihak kepadanya dan membantu kerajaan dan rakyat mengatasi segala hal,” katanya.

Berucap merasmikan Program Transformasi Minda dan Ketrampilan Diri anjuran Perkasa, salah satu daripada aktiviti ‘road show’ yang dilakukan badan itu di Dewan Serbaguna Beluran di sini Khamis lepas, Aspah berkata,  beliau secara peribadi menyokong peranan dan halatuju Perkasa selagi badan it uterus bersama-sama kerajaan.
Sebahagian hadirin daripada lebih 300 orang yang hadir menyertai program anjuran Perkasa.
Merasa bangga dengan beberapa aktiviti yang dianjurkan Perkasa dalam menarik keahlian daripada kalangan rakyat berbilang usia di sini, Aspah yakin selagi badan itu memberikan sokongan dan kerjasama dengan pihak kerajaan serta para pemimpin BN, ianya akan terus mendapat sambutan dan sokongan rakyat.
Pelbagai acara dianjurkan Perkasa seperti Majlis Berkhatan Anak Ahli-Ahli Perkasa 16 Julai lepas, program ceramah agama, taklimat kesihatan, prndaftaran memasuki IPTA dan pendaftaran keahlian pertubuhan ngo itu.

Dalam pada itu, Aspah menyarankan agar Perkasa terus memperluaskan aktiviti dan keahlian badan itu di kawasan-kawasan terpencil di sini sesuai dengan misi dan matlamatnya membantu kerajaan.

“ Saya juga menyarankan agar Perkasa di Sabah memperluaskan program taklimatnya di kalangan rakyat sebagai menjelaskan berkaitan peranan dan halatuju badan ngo itu untuk segera difahami rakyat berbilang kaum di negeri ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri oleh lebih 300 orang penduduk  sekitar pekan itu ialah Naib Yang Dipertua Perkasa Sabah, Jaini Ating, Pengerusi Perkasa Daerah Beluran, Abdul Ghani Annoh, Pegawai Ikatan Relawan Rakyat Beluran, Lt. Kol. Ismail Talip, Pengerusi Perkasa Daerah Kinabatangan, Awang Ahmad dan Timbalan Pengerusi Perkasa Daerah Beluran, Haji Ahmad Saruna yang merupakan Pegawai Jahiens Daerah Beluran.
Orang ramai menyertai menjadi ahli Perkasa.
Jaini Ating ketika menyampaikan ucapannya pada majlis berkenaan, menegaskan Perkasa daerah itu kini telah meraih lebih 8,000 orang ahli menerusi pelbagai aktiviti pendaftaran ahlinya termasuk dengan kerjasama sebuah badan kerajaan di sini.

“ Namun kita belum berpuas hati dengan jumlah ini kerana kita mahu lebih ramai menganggota Perkasa. Dengan demikian mereka akan sedia akses kepada pelbagai aktiviti Perkasa yang terus memberikan sokongan kepada kerajaan, “ katanya.

Menurut Jaini apa yang telah dilakukan Perkasa di kawasan ini termasuk menyuarakan isu yang berkaitan keperluan menyegerakan  penubuhan Pejabat Operasi Bomba dan penyelamat dan banyak lagi adalah untuk kebaikan dan keselamatan nyawa serta herta benda rakyat.

“ Siapalah saya untuk memberikan pandangan dan syor kepada mana-mana pihak berkaitan masalah rakyat.
“ Tetapi atas nama perjuangan dan matlamat Perkasa termasuk di daerah ini, inilah sebahagian daripada cara Perkasa untuk bersama-sama rakyat untuk mengisi tuntutan kemajuan di daerah ini demi mencapai wawasan 2020 yang ada hanya lapan tahun dari sekarang,” kata Jaini yang menambah kedudukan pembangunan di daerah Beluran, apa lagi berkaitan keperluan agensi tersebut harus setanding dengan pencapaian banyak daerah penting di Sabah sejak BN berkuasa di negeri ini 18 tahun lalu.

 Dalam pada itu, Jaini mencaadangkan semua pihak terutama badan-badan dan pemimpin tertentu yang mewakili kerajaan supaya terus memandang positif pengembangan Perkasa ke Sabah.
Beliau menegaskan, walaupun di Semenanjung Malaysia peranan Perkasa tertumpu untuk memberikan pembelaan dan perhatian kepada nasib kaum bangsa Melayu dan mereka yang beragama Islam, tetapi di Sabah peranan yang sama diberikan kepada kaum bumiputra atau pribumi dari kalangan berbilang kaum dan agama.

Selain kerana Penubuhan Perkasa berasaskan kepada matlamat mahu melindungi Perkasa 153 dalam Perlembagaan Malaysia iaitu melindungi hak dan kepentingan orang melayu dan pribumi, badan ngo itu telah meyatakan pendiriannya untuk terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN dalam Pru ke 13.
“ Seperti yang dilakukan Presiden Perkasa, Datuk Paduka Ibrahim Ali bahawa Perkasa ‘Bai’ah (berjanji taat dan redha tanpa ugutan) menyokong BN dalam Perhimpunan Perkasa Malaysia baru-baru ini, maka kami di Sabah tetap patuh ikrar itu, “ kata Jaini.

Namun Jaini mengharapkan tidak ada pihak akan memperlekehkan ikrar dan peranan badan itu di negeri ini, seterusnya menyambut kehadiran serta misi dan visi Perkasa di negeri ini sebagai sebahagian pemangkin mencapai sebuah ‘rakyat maju’ yang terus bersama-sama gagasan dan aspirai kerajaan.
Aspah Menyampaikan cenderahati Perkasa kepada pemimpin masyarakat yang mengambil bahagian aktiviti berkhatan kepada kanak-kanak mewakili kampong masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.