Jaini sampaikan Cenderahati kepada Dato Ibrahim
Ali sambil diperhatikan Boni Yusup dan Datuk Seri Utama Jeffery |
Jaini beri ucapan sempena Majlis Makan Malam
Pemimpin perkasa Malaysia dan negeri Sabah di Medan Selera Taman Tun Razak |
SANDAKAN : “ Meskipun
kali pertama, tetapi Persidangan Perkasa Sabah di Sandakan adalah yang terbaik, ” kata
Presiden Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Paduka Ibrahim Ali.
Persidangan sehari bermula pukul 9.00 pagi Ahad di
Dewan masyarakat Sandakan, kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu bukan saja dihadiri
oleh perwakilan dan pemerhati yang ramai
mewakili rakyat berbilang kaum bumiputera negeri ini.
Tetapi kehadiran hampir 7,000 orang di dewan tersebut
membuktikan keyakinan rakyat terhadap Perkasa sebagai flatform baru yang segar
dan bebas untuk mereka menyuarakan tuntutan ke atas hak dan pembelaan dari
kerajaan.
Presiden Perkasa itu menegaskan, badan bukan kerajaan yang paling berpengaruh di Semenanjung Malaysia itu telah menyediakan ruang luas untuk rakyat menyuarakan kebenaran mereka, termasuk menegur kesilapan mana-mana pihak, apalagi pemimpin dan anggota kerajaan untuk diperbetulkan.
Perkasa mahu ahli-ahlinya dan rakyat terus dilindungi
perlembagaan dan undang-undang, sekaligus memainkan peranan berkesan bagi
mengekalkan dominasi politik (hak) orang Melayu dan bumiputera di negara
ini.
Ketika baru memulakan ucapan perasmiannya, Dato Paduka Ibrahim Ali berkata;
“ Saya amat terharu dan bangga kepada rakyat Sabah terhadap
sokongan yang begitu hebat terhadap Perkasa…. Maka saya ingin ‘tunduk’ sebagai
memberikan tanda hormat mewakili diri saya,” katanya yang lantas meninggalkan
sejenak ‘meja ucapan’ untuk tunduk di atas pentas menghala ribuan tetamu.
Tindakan Presiden Perkasa beberapa saat itu turut diikuti
oleh Timbalannya, Datuk Abdul Rahman Bakar dan Setiausaha Agung Perkasa, Syed
Hassan Syed Ali di hadapan ribuan hadirin yang berpusu-pusu memasuki dewan,
walaupun suasan hujan lebat.
Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Isteri Datin
Paduka Rohaya, Ketua Wiranita Perkasa Malaysia, Datin Paduka
Hajah Norkhailah Jamaludin, Penolong Setiausaha, Norlizaizul Bin Ismail
Barisan Kepimpinan Perkasa Sabah yang hadir didahului
Yang Dipertuanya, Datuk Seri Utama Mohd Jeffery Rosman, Timbalannya, Boni Yusup Abdullah yang merupakan Pengerusi
Penganjur Persidangan ini, Naib 1 Yang Dipertua, Jaini Ating yang merupakan
penyumbang dana persidangan itu, Abdul
Hamid Harun (Ketua Wira), Hasrani Mohd Budin (Wirawati),
12 daerah Cawangan Perkasa masing-masing berjaya
menghantar 50 orang perwakilan didahului pengerusi masing-masing termasuk Abdul
Ghani Anoh (Beluran), Awang Ahmad Ongkang (Kinabatangan), Jeffrus Maimin Rijan
(Keningau), Muhammad Abdul Lasim Garawan (Semporna), Abdul Rahim Wahab (Kunak),
Mohamad KK Katam (Tongod), Muhammad Sarangit (Lahad Datu), Amir Rasake (Tawau),
Isnin Hijus (Kota Kinabalu dan Papar diketuai Pengerusinya, Mohd Irawan.
Sambil memberikan pujian kepada daya usaha pemimpin
perkasa di Sabah menjayakan persidangan memuatkan beberapa usul penting, Dato
Ibrahim Ali mahu mempastikan setiap ahli perkasa di negeri ini berusaha
mendalami dan menghayati perjuangan badan itu.
Walaupun Perkasa bukan badan politik, kata Ibrahim,
Namun sokongan semua ahlinya harus diberikan
kepada Barisan Nasional (BN) pada Pru ke 13 bagi mempastikan parti pemerintah
milik orang melayu dan bumiputera kekal
berkuasa di negara ini.
Orang melayu dan bumiputera, tegas Ibrahim, harus mempertahankan kuasa
politik yang ada pada mereka, ketika para pemimpin parti-parti pembangkang cuba
mahu mengalihkan tuntutan politik negara hari ini menerusi tindakan-tindakan
yang ‘terdesak’.
Kata Ibrahim, peranan yang cuba dimainkan pembangkang
itu termasuk berdemonstrasi di jalanan, membuat fitnah untuk memecahbelah
perpaduan, menunut kesamarataan, menarik campurtangan luar, seterusnya membawa
rakyat untuk tidak lagi berpihak kepada
dominasi politik kaum, tetapi dasar-dasar penyatuan parti yang sonsang.
Sambil meminta Ahli perkasa Sabah menyampaikan salam
kepada Para pemimpin BN di negeri ini, Ibrahim mengulangi bahawa Perkasa akan
bersatu untuk terus berada di belakang pimpinan BN pusat dalam pilihanraya ke
13.
Mengenai tuntutan Perkasa di Sabah termasuk
mendapatkan bayaran balik dividen Amanah Rakyat Negeri Sabah (ARNS) daripada
kerajaan negeri yang pernah membekukan program bantuan itu 23 tahun lalu, Presiden
Perkasa itu menyerahkan kepada
kebijaksanaan ribuan ahlinya di Sabah.
Namun apapun tuntutan yang wajar, katanya, sudah tentu
bergantung kepada jumlah beberapa ramai
yang berkehendakkannya sehingga membolehkan sebuah kerajaan yang berkemampuan
seperti Sabah hari ini akur dan mematuhi
cadangan itu demi kebaikan rakyat.
Beberapa usul dikemukakan pada persidangan itu yang
masing-masing disampaikan Awang Ahmad (politik), Abdul Hamid (Pendidikan),
Muhammad Serangit (Ekonomi), Haji Ahmad (Agama). Sebelum itu, Boni menyampaikan
usul mengenai ARNS dan Jaini yang menggulung usul berkenaan yang mahu pimpinan
perkasa pusat merumuskannya sebelum semua usul berserta
memorandum khas dikemukakan kepada Dato Paduka Ibrahim, disampaikan
kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan
Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sabah,
Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman,
Sebelum itu, pada malam 3 November, kira-kira 400
perwakilan itu telah diberi jamuan meraihkan kehadiran mereka di Bandar ini di
Medan Selera Sandakan.
Dato Ibrahim Ali turut mengingatkan semua ahli
perkasa supaya mereka bukan saja beramanah
menjalankan tanggungjawab, tetapi menjaga nama baik Perkasa daripada melakukan
perbuatan yang bertentangan dengan misi dan visi pertubuhan yang kini memiliki
hampir 400,000 ahli di seluruh negara itu.
Jaini yang merupakan Pengerusi penganjur jamuan itu
menggesa supaya kesatuan yang kental dimantapkan
dalam Perkasa, ke arah meningkatkan lagi jumlah keahlian badan itu. Ia termasuk
menyerapkan lebih 18,000 ahli persatuan nelayan di Sabah yang mana Jani adalah
Pengerusinya.
Ketika mengulung usul yang disampaikan para
perwakilan, Jaini mahu pihak pimpinan politik yang mewakili kerajaan khususnya
di Sabah tidak melihat Perkasa sebagai saingan, tetapi untuk mencapai matlamat
yang memberikan kebaikan rakyat di negeri ini.
“ Beberapa hari
sebelum persidangan ini, Perkasa Sabah menerima suara-suara sumbang yang
kononnya badan ini sebagai menentang kerajaan menerusi beberapa tuntutannya
seperti ke atas ARNS.
Perkasa juga dituduh cuba mahu merosakkan kredebiliti
para pemimpin mana-mana parti di dalam komponen ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.