Jaini menghadiahkan sepasang baju Perkasa kepada Tambaga dan rakan-rakannya di Pinangkau sebagai bukti pertubuhan itu memasuki ke kawasan ini. |
Pinangkau, Paitan: Kami bukan sekadar ketinggalan arus pembangunan negara, tetapi belum menerima hadiah bermakna sejak Barisan Nasional (BN) Sabah kembali berkuasa tahun 1994.“
Namun sekiranya kerajaan bersedia menaiktaraf kemudahan jalan kampung ini yang sekian lama menyukarkan kehidupan kami, tidak ada sebab untuk kami berubah haluan dari terus menyokong sebuah kerajaan yang kuat.”
Gagasan itu ditegaskan mantan Ketua Umno Cawangan Pinangkau yang juga bekas seorang guru sekolah rendah di kampung itu, Tambaga Dood, mewakili 480 orang penduduk di situ kepada serombongan Ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Sabah ke kampung tersebut diketuai Naib Dipertuanya, Jaini Ating.

Tambaga, 56, Ketua Daerah Mengundi
kampung itu mula memberikan amaran, 99 peratus sokongan rakyat yang sudah
diberikan kepada BN boleh berubah sekiranya nasib penduduk agar isu jalan yang dituntut kampung itu dan
bersebelahannya, Kampung Golong didiami oleh lebih 500 penduduk, yang keseluiruhannya melibatkan jarak 16km, tidak
ditangani sebelum PRU ke 13.
“Perhubungan Sukar.....Salah satu kenderaan membawa anggota perkasa menghadapi kesukaran melalui jalan Kampung Pinangkau-Golong. |
“ Saya amat khuatir perkara ini. Kerana sejak BN berkuasa 18 tahun lalu, masalah jalan kami diabaikan. Apalagi soal keperluan bekalan api letrik dan air jauh sekal...Jika berlaku kematian, kami terpaksa mengusung mayat sejauh 9km ke jalan utama.
“ Sebelum ini kami ada 30 orang guru
mengajar di SK Pinangkau. Tetapi berpunca dari kurangnya kemudahan, guru ditugaskan mengajar hampir 80 orang murid
hanya tinggal empat orang.
“Kami di sini masih kurang faham
kedudukan negara sebagai negara maju hanya ada lapan tahun lagi,” katanya di
hadapan hampir 100 orang penduduk yang
menghadiri perjumpaan penduduk bersama badan ngo itu.
Kenyataan Tambaga disokong Timbalan Ketua Cawangan PBS Pinangkau, Worok Salihun, 52 yang merayu agar masalah jalan berkenaan diselesaikan segera.
Kenyataan Tambaga disokong Timbalan Ketua Cawangan PBS Pinangkau, Worok Salihun, 52 yang merayu agar masalah jalan berkenaan diselesaikan segera.
Jaini memberikan penerangan berhubung Perkasa kepada penduduk di kawasan itu. |
“ Kami mengharap masalah rakyat ini
dapat ditangani. Apalagi kerajaan hari ini mengamalkan Konsep pembelaan, Rakyat
Didahulukan, Pencapaian diutamakan dan Janji Ditepati,” katanya.
Selain isu pembangunan itu beliau
juga melaporkan bahawa pihaknya meminta kerajaan negeri mempertimbangkan soal
permohonan tanah mereka di kawasan Hutan Simpan Pinangkau melebihi 280 ekar
untuk tujuan pertanian dan menghidupkan sumber ekonomi penduduk tersebut.
Perkasa difahamkan jarak jalan
memasuki Pinangkau dari Jalan Utama Paitan-Pitas sejauh 9km diikuti Kampung
Golong yang terletak hanya 6km dari sempadan kampung Pinangkau, dinaiktaraf
daripada jalan pembalakan oleh kerajaan
pembangkang yang lepas.
Beberapa buah rumah penduduk serta
sebuah rumah rehat, Pinangkau Rest House juga dibina oleh kerajaan pembangkang itu
menjadi salah satu kubu politik di kampung yang letaknya lebih 200 kilometer
daripada Pejabat Daerah Beluran itu, sebelum mereka beramai-ramai menyertai
Umno, salah satu parti tunjang BN.
Perkasa mengambil keputusan memasuki
Kampung Pinangkau kerana tersebarnya dakwaan di rangkaian media alternative
bahawa kononnya beberapa orang penduduknya telah bertindak menyertai sebuah
parti pembangkang baru-baru ini, berpunca dari tidak adanya layanan kerajaan
kepada penduduk di kawasan itu.
Namun dalam perjumpaan itu Jaini
mengajak masyarakat kamnpung di situ yang sudah lama dikenalinya supaya kembali
mengubah haluan mereka kerana Kerajaan BN terbukti lebih bertanggungjawab dan
mempunyai keupayaan memajukan rakyat di luar Bandar.
“ Berkaitan soal keperluan rakyat di sini, saya dan Perkasa cuba menyampaikan perkara ini kepada kerajaan dan para pemimpin di kawasan ini untuk perhatian mereka.
“ Berkaitan soal keperluan rakyat di sini, saya dan Perkasa cuba menyampaikan perkara ini kepada kerajaan dan para pemimpin di kawasan ini untuk perhatian mereka.
“
Saya juga berharap pihak pusat, khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Malaysia dan menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dapat turun padang dan mendengar
sendiri segala keluhan rakyat di kampung ini untuk diatasi,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.