Inilah bangunan kedai yang musnah dijilat api berhampiran Pejabat Parlimen Beluran. |
BELURAN : Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan Bariusan Nasional (BN) menyegerakan pusat operasi perkhidmatan Pasukan Bomba dan Penyelamat di sini agar mengelakkan lebih ramai jumlah mangsa yang terkorban dalam insiden kebakaran serta kemalangan di sini.
Naib Dipertua Perkasa Sabah, Jaini
Ating menegaskan, kementerian itu di bawah kerajaan pusat tidak harus
melengah-lengahkan pembinaan kemudahan itu kerana semenjak tahun 2010, kira-kira 13 kes kebakaran
yang berlaku di sekitar daerah ini yang mengorbankan lapan jiwa penduduk
Beluran.
Jaini dan Boni Yusup bergambar di pili bomba berhampiran tempat kejadian kebakaran yang meragut tiga nyawa di pekan Beluran. |
“ Perkasa difahamkan, cadangan membina pusat operasi itu sudahpun diluluskan
kerajaan, termasuk melibatkan sebuah
kawasan tapak yang dipersetujui Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri.
“ Namun kelewatan membina kemudahan ini
menyukarkan rakyat mendapat bantuan memdamkan
kebakaran sebagaimana berlaku malam Khamis yang mengorbankan seorang ibu yang
berbadan dua berserta dua lagi anak perempuannya,” Katanya.
Bercakap kepada media selepas
meninjau kejadian itu dan menghadiri pengkebumian kesemua mangsa kebakaran dii
sini kelmarin, Jaini berkata, kelewatan menyediakan kemudahan yang sekian lama
dinantikan rakyat itu boleh menambah kekecewaan mereka menjelang PRU ke 13.
Katanya, kerajaan tidak harus
berkomromi terhadap keperluan kebajikan dan keselamatan rakyat di sebalik isu tersebut kerana semakin lewat pusat operasi
itu diwujudkan, semakin ramai nyawa
melayang akibat kebakaran, dan pelbagai jenis kemalangan di daerah ini.
Jaini membualkan sesuatu kepada salah seorang anggota bomba dan penyelamat Daerah Kinabatangan. |
Pada kebakaran berlaku kira-kira pukul 8.45 malam Khamis, pasukan
Bomba dan Penyelamat Daerah Kinabatangan dikejarkan ke pekan itu, hanya tiba kira-kira sejam selepas kejadian
yang mengorbankan Jainah Ajak 39,
Aznizah Husin, 9 dan adiknya Siti Azikah, 3 tahun.
Jaini dan rakan-rakan menyambut jenazah yang telah diurus di kediaman keluarga mangsa untuk disemadikan di tanah perkuburan orang-orang Islam Kolapis Beluran. |
Menurut Saksi, sewaktu kejadian,
kesemua mangsa dilaporkan terperangkap di dalam bangunan rumah kedai menjual barangan perkakasan
bangunan itu yang dipasang dengan jeriji besi sebelum kesemua mereka
disahkan renting dalam keadaan berpelukan, dengan semua mayat hanya dapat
dikeluarkan pada kira-kira pukul 11.30 malam.
Jaini bersama Mohamad Asnizam, anak sulung mangsa yang satu-satunya masih hidup dan berada di luar bangunan semasa kejadian kebakaran. |
Kejadian kebakaran itu hampir turut
merebak ke sebuah restoran serta Pejabat
Perhubungan Parlimen Beluran yang bersebelahan sebelum api berjaya dipadamkan
sepenuhnya pada kira-kira pukul 12.00 malam.
Jaini berkata, penyediaan sebuah
pusat operasi bomba dan penyelamat di pekan ini yang akan dilengkapi kemudahan akan membantu mengelakkan kemalangan jiwa sebagaimana
beberapa kes kebakaran di daerah ini.
“ Perkasa amat berharap pihak kerajaan serta
para pemimpin BN di kawasan ini dapat mengambiul iktibar terhadap kejadian ini,
seterusnya menyegarakan urusan mengujudkan sebuah pusat operasi bomba dan
penyelamat yang moden di daerah itu,” katanya.
Turut sama meninjau insiden kebakaran
itu ialah Timbalan Yang Dipertua Perkasa Sabah, Boni Yusup Abdullah dan
pengerusi-pengerusi daerah badan ngo yang berpusat di Sandakan itu.
Sebelum penyediaan itu, kata Jaini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri boleh
menempatkan sementara sekurang-kurangnya dua jentera pemadam kebakaran serta melatih
pasukan bomba sukarela di daerah itu bagi membolehkan mereka menghadapi
sebarang insiden kebajaran besar.
“ Namun, kerana beberapa insiden kebakaran maut
ini telah menyedih dan meresahkan rakyat kawasan ini, saya menyarankan jika Perdana Menteri atau
timbalannya, dapat turun padang untuk sama-sama berkongsi kesedihan bersama keluarga-keluarga mangsa.
Para pemimpin ini boleh melihat sendiuri pelbagai kekurangan pembangunan yang
masih wujud di sini sejak merdeka,” kata
Jaini.
Menurut pemimpin Perkasa itu, peranan
BN dan slogannya, janji ditepati boleh mengurangkan kekecewaan rakyat di atas
pelbagai kelemahan serta kekurangan yang masih belum dapat ditangani semua
wakil rakyat dalam DUN Sugut dan Labuk
itu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.