Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya dipijak,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya retak,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya teriak,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya haprak,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya kelas dua,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya hina,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya sengketa,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya derita,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya kerdil,
Melayu mudah lupa.
Dulu bangsanya terpencil,
tiada daulat tiada maruah tiada bebas.
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa,
Melayu mudah lupa.
Sejarah bangsanya yang lena,
Tanah lahirnya yang merekah berdarah.
Ingatlah ingatlah ingatlah.
Wahai bangsaku,
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai........
:TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD
Wednesday, 26 December 2012
Thursday, 20 December 2012
PERKASAKAN KEBENARAN HAK RAKYAT, ASPAH
(Disebalik program Tranformasi melalui Penampilan Diri
anjuran Perkasa di Beluran)
BELURAN: Timbalan Ketua Umno Bahagian Beluran, Aspah
Haji Abdullah Sani berkata, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) harus
terus jujur memainkan peranannya menyuarakan kepentingan rakyat melayu dan
bumiputera di negara ini untuk diperbaiki dan diselesaikan pihak kerajaan dan
Barisan Nasional (BN).
Friday, 7 December 2012
BERJUANG DAN BERAMAL JARIAH BERSAMA PERKASA DI BELURAN- JAINI
BELURAN : “ Menempuh Alam Dewasa Bersama Perkasa,” slogan yang dianggap sinonim kepada lebih 30 orang
kanak-kanak yang bakal menyertai Majlis Berkhatan Beramai-ramai secara percuma
anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Dewan Masyarakat Pekan
ini 14 Disember ini.
Thursday, 29 November 2012
PERKASA DESAK SEGERAKAN KEMUDAHAN BOMBA DAN PENYELAMAT DI BELURAN.
Inilah bangunan kedai yang musnah dijilat api berhampiran Pejabat Parlimen Beluran. |
BELURAN : Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan Bariusan Nasional (BN) menyegerakan pusat operasi perkhidmatan Pasukan Bomba dan Penyelamat di sini agar mengelakkan lebih ramai jumlah mangsa yang terkorban dalam insiden kebakaran serta kemalangan di sini.
Thursday, 22 November 2012
PERKASA SABAH LANCAR TABUNG BANTUAN GUAMAN BELA UTUSAN MALAYSIA DAN RAKYAT PALESTIN
Boni Yusup, Jaini Ating (Naib YDP Perkasa), Awang Ahmad (Setiausaha Kehormat Perkasa Sabah) dan Abdullah Ghani bergambar bersama Datuk Paduka Ibrahim Ali, Presiden Perkasa di lobi parlimen.
|
SANDAKAN : Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)
Sabah akan melancarkan kutipan Tabung Bantuan Guaman ke atas Akhbar Utusan
Malaysia yang kemungkinan menghadapi saman Nurul Izzah Anwar kerana memetik kenyataan
Naib Presiden PKR itu dari Portal Malaysiakini terhadap kebebasan beragama di
kalangan orang Melayu melalui sebuah forum anjuran parti itu 3 November lepas.
Tuesday, 13 November 2012
RAKYAT PINANGKAU, SUGUT RAYU PEMBANGUNAN
Jaini menghadiahkan sepasang baju Perkasa kepada Tambaga dan rakan-rakannya di Pinangkau sebagai bukti pertubuhan itu memasuki ke kawasan ini. |
Pinangkau, Paitan: Kami bukan sekadar ketinggalan arus pembangunan negara, tetapi belum menerima hadiah bermakna sejak Barisan Nasional (BN) Sabah kembali berkuasa tahun 1994.“
Namun sekiranya kerajaan bersedia menaiktaraf kemudahan jalan kampung ini yang sekian lama menyukarkan kehidupan kami, tidak ada sebab untuk kami berubah haluan dari terus menyokong sebuah kerajaan yang kuat.”
Namun sekiranya kerajaan bersedia menaiktaraf kemudahan jalan kampung ini yang sekian lama menyukarkan kehidupan kami, tidak ada sebab untuk kami berubah haluan dari terus menyokong sebuah kerajaan yang kuat.”
Sunday, 4 November 2012
PERSIDANGAN PERKASA NEGERI SABAH DI SANDAKAN, SABAH
Jaini sampaikan Cenderahati kepada Dato Ibrahim
Ali sambil diperhatikan Boni Yusup dan Datuk Seri Utama Jeffery |
Jaini beri ucapan sempena Majlis Makan Malam
Pemimpin perkasa Malaysia dan negeri Sabah di Medan Selera Taman Tun Razak |
SANDAKAN : “ Meskipun
kali pertama, tetapi Persidangan Perkasa Sabah di Sandakan adalah yang terbaik, ” kata
Presiden Pribumi Perkasa Malaysia, Datuk Paduka Ibrahim Ali.
Persidangan sehari bermula pukul 9.00 pagi Ahad di
Dewan masyarakat Sandakan, kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu bukan saja dihadiri
oleh perwakilan dan pemerhati yang ramai
mewakili rakyat berbilang kaum bumiputera negeri ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)